13 PANTANG LARANG IHRAM
Secara umumnya pantang larang dalam Ihram boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
- Larangan yang dikhususkan kepada lelaki sahaja
- Larangan yang dikhususkan kepada wanita sahaja
- Larangan umum (lelaki dan wanita)
1. Memakai pakaian bersarung/berjahit/bercantum seperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang menutup jari-jari dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.
Perkara-perkara berikut diharuskan dipakai oleh para jemaah lelaki tanpa dikenakan dam:
- Memakai kain tuala
- Memakai kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjurunya
- Memakai tali pinggang, cincin dan kaca mata
Sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram memakai pakaian yang dilarang kerana terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Sekiranya dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian dia dikenakan dam takhyir dan takdir.
Sekiranya seorang lelaki dalam ihram ada keperluan untuk memakai pakaian yang dilarang dia tidak berdosa tetapi wajib keatasnya untuk membayar dam.
2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya.
Sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini kerana terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Sekiranya dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian dia dikenakan dam takhyir dan takdir.
3. Menutup muka
4. Memakai sarung tangan
5. Memakai bau-bauan di bahagian badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung
6. Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi
7. Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan
8. Mengerat atau memotong kuku
9. Memotong/ menebang/ mengerat/ mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah
10. Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram
11. Melakukan pendahuluan persetubuhan
12. Bersetubuh
13. Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
Kesimpulannya, terdapat larangan yang tidak sengaja dilakukan dan tidak perlu membayar dam. Terdapat juga larangan yang tidak sengaja dilakukan tetapi tetap dikenakan dam. Larangan-larangan ini nampak seperti remeh dan menyusahkan tetapi ada hikmah yang Allah ingin tunjukkkan. Antara hikmah terbesar kenapa terdapat larangan Ihram dalam ibadah Umrah/Haji adalah Allah ingin mendidik hambanya untuk disiplin dan peka dalam Ibadah. Selain itu, hikmah pakaian Ihram yang dikenakan kepada para jemaah sebagai tanda setiap manusia itu adalah setaraf tidak kira pangkat atau harta. Perkara yang membezakan mereka hanyalah Taqwa. Semoga bermanfaat. Silakan share kepada rakan-rakan supaya maanfaat dapat dikongsi bersama.
