

HARI 01: BOARDING PASS: Istanbul Arrival – Bursa
Jemaah berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas. Urusan ‘Check-in’ bagasi, penyerahan Boarding Pass dan Jemaah akan diberi taklimat keberangkatan. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Jemaah di Sambut oleh Petugas kami, Para tetamu akan di bawa ziarah Hippodrome Square dan terus melawat Masjid Sultanahmet yang mana terkenal kerana 6 menara. Selepas itu Jemaah akan dibawa ke bekas Museum St Sophia yang sekarang telah jadikan Masjid. Selesai sahaja lawatan, Jemaah akan dibawa ke hotel di bursa untuk check in dan makan malam.
HARI 02: Bursa – Istanbul
Selepas sarapan dan check-out, Jemaah akan dibawa ke Kedai Jualan Manisan Turki. Kemudian bergerak ke Uludag Cable Car dan akan terus menuju ke Masjid Hijau dan ke Pasar Sutera Kozahan. Makan Tengah hari di Restoran berdekatan kemudian terus
berangkat ke Istanbul. Sampai sahaja di Istanbul, Jemaah akan di bawa menaiki Bosphorus Cruise. Akhir sekali, Jemaah akan dibawa melawat Taksim Square dan Istiklal Street. Selepas selesai semua lawatan, Jemaah berangkat ke Hotel untuk makan malam dan bermalam di Istanbul.
Hari 03: Istanbul – Polonezkoy – Istanbul
Selepas Sarapan di Hotel, Jemaah akan dibawa melawat tempat Jualan Barangan Kulit di Turki yg terkenal. Kemudian melawat kampung sepanjang hari Turkish village of Adampol, ataupun lebih dikenali sebagai “Poland Village”. Selepas selesai sesi lawatan, Jemaah akan dibawa pulang ke hotel dan makan malam di sekitar Istanbul.
Hari 04: Istanbul – Jeddah
Setibanya di Jeddah, Jemaah akan menaiki Bas ke Taif. Tiba Sahaja di Taif, Jemaah akan diuruskan pengurusan Check-in Hotel di Taif. Jemaah diarahkan untuk berkumpul di lobi dan para Jemaah boleh terus berehat.
HARI 05: Taif – Mekah
Sarapan pagi dan check out hotel. Seterusnya, Jemaah akan dibawa ke Al Hada dan Menaiki Cable Car (Pilihan). Jemaah akan dibawa ziarah sekitar Taif, Masjid Ibnu Abbas, dan terus menuju ke Kilang Bunga Ros. Seterusnya, Jemaah Makan Tengahari dan Jemaah yang menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Mekah. Setibanya di Mekah, Jemaah akan diuruskan pengurusan Check In Hotel di Mekah. Jemaah diarahkan untuk berkumpul di lobi dan Mutawwif akan membimbing Jemaah untuk mengerjakan Umrah di Masjidil Haram.
HARI 06: Mekah
Jemaah akan dibawa Menziarahi Hudaibiyah dan Muzium Al Moudi. Manakala Jemaah yang mahu mengerjakan umrah boleh berniat di Hudaibiyah. Seterusnya Jemaah akan dibawa ziarah Ladang Dato Ibu Wadi Berkat Hudaibiyah. Selepas solat Isyak, Jemaah diberi pilihan untuk menziarahi / mendaki Gua Hira (ziarah pilihan).
HARI 07: Mekah
Aktiviti bebas. Jemaah dinasihatkan pergi ke Masjid lebih Awal untuk menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, Jemaah boleh memperbanyakkan ibadah seperti iktikaf, Tawaf Sunat, ibadah2 sunat & mengaji Al Quran.
HARI 08: Mekah
Jemaah perlu berkumpul di Lobi pada jam 7.45am. Jemaah di bawa Ziarah Manasik Haji iaitu melawat Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzdalifah, Mina (3 Jamrah). Manakala, Jemaah yang mahu mengerjakan Umrah Boleh niat Ihram Di Jaarannah.
HARI 09: Mekah
Jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh miqat di Tanaim dan Aktiviti Bebas beribadah di Masjidilharam , Tawaf Sunat dan mengaji Al-Quran.
oleh miqat di Tanaim dan Aktiviti Bebas beribadah di Masjidilharam , Tawaf Sunat dan mengaji Al-Quran.
HARI 10: Mekah – Madinah
Bermula dengan taklimat di lobi hotel. Seterusnya, Jemaah akan dibawa Tawaf Wada dan bersiap sedia untuk ‘Check -Out’ dan berangkat ke Stesen Keretapi. Jemaah akan menaiki Bullet Train. Setelah tiba di Madinah, Jemaah akan Check in di Hotel Madinah. Jemaah akan dibawa Solat Maghrib dan isyak di Masjid Nabawi. Makan malam di Hotel.
HARI 11: Madinah
Taklimat diadakan dilobi hotel. Seterusnya, Jemaah akan dibawa ziarah sekitar Masjid An Nabawi, Maqam Rasulullah SAW, Saqifah Bani Saidah, Masjid Ghamamah, Masjid Umar, Masjid Abu Bakar, Maqam Sahabat Nabi, Perkuburan Baqi & beberapa Masjid Bersejarah Sekitar Masjid Nabawi.
HARI 12: Madinah
Taklimat ziarah di lobi hotel. Jemaah akan dibawa ziarah luar Madinah iaitu ziarah ke Masjid Quba, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Maqam Syuhada Uhud, Jabal Uhud dan sekitar Madinah.
HARI 13: Madinah
Aktiviti bebas atau Ziarah Pilihan Sekitar Madinah: Kilang Quran, Telaga Ghars, Gua Maharis, Gua Toyyibah, Masjid Fasah, Masjid Bani Harithah, Masjid Syaikhan, Kebun Salman Al Farisi, Masjid Quba dan Jemaah akan Makan Tengahari di Syariq Qurban.
HARI 14: Jeddah – Kuala Lumpur
Jemaah akan membuat Ziarah Wada’ dan Bersiap sedia untuk Check-Out hotel. Jemaah akan makan terlebih dahulu terus berangkat ke Lapangan Terbang Madinah. Jemaah akan berlepas ke Kuala Lumpur. Semoga beroleh Umrah yang mabrur & maqbul.
